Pengaliran udara dari atmosfera ke paru-paru
* Udara memasuki hidung melalui nostril (lubang hidung) . Dinding lubang hidungdi lapisi oleh rerambut untuk memerangkap debu (dust particles) dari udara.
* Dari lubang hidung , udara akan memasuki nasal kaviti. Nasal kaviti akan
merembeskan mukus yang berfungsi memerangkap bakteria dan zarah-zarah
lain yang terdapat dalam udara.
* Udara kemudiannya di sedut masuk ke dalam trakea. Trakea di bina daripada
rawan (cartilage) yang berbentuk - C dan ini boleh menghalang trakea daripada
jatuh atau 'collapse '.
* Trakea bercabang kepada dua di panggil bronkus dan bronkus akan masuk
ke paru-paru. Bronkus akan bercabang kepada tiub yang lebih kecil dipanggil
bronkiol. Di hujung bronkiol terdapat banyak ruang udara dipanggil alveolus.
* Pada permukaan alveolus terdapat banyak kapilari darah. Alveolus mempunyai
ciri berikut untúk mempercepatkan proses resapan udara.
1. Mempunyai luas permukaan yang besar berbanding isipadu.
2. Dinding alveolus sangat nipis hanya setebal satu sel sahaja.
3. Terdapat banyak kapilari darah.
4. Sentiasa lembab /'moist'.
* Pertukaran gas dalam paru- paru berlaku secara resapan.
No comments:
Post a Comment