Pengaliran udara dari atmosfera ke paru-paru
* Udara memasuki hidung melalui
nostril (lubang hidung) . Dinding lubang hidung
di lapisi oleh rerambut untuk memerangkap debu (dust particles) dari udara.
* Dari lubang hidung , udara akan memasuki
nasal kaviti. Nasal kaviti akan
merembeskan mukus yang berfungsi memerangkap bakteria dan zarah-zarah
lain yang terdapat dalam udara.
* Udara kemudiannya di sedut masuk ke dalam
trakea. Trakea di bina daripada
rawan (cartilage) yang berbentuk - C dan ini boleh menghalang trakea daripada
jatuh atau 'collapse '.
* Trakea bercabang kepada dua di panggil
bronkus dan bronkus akan masuk
ke paru-paru. Bronkus akan bercabang kepada tiub yang lebih kecil dipanggil
bronkiol. Di hujung bronkiol terdapat banyak ruang udara dipanggil
alveolus.
* Pada permukaan alveolus terdapat banyak
kapilari darah. Alveolus mempunyai
ciri berikut untúk mempercepatkan proses resapan udara.
1. Mempunyai luas permukaan yang besar berbanding isipadu.
2. Dinding alveolus sangat nipis hanya setebal satu sel sahaja.
3. Terdapat banyak kapilari darah.
4. Sentiasa lembab /'moist'.
* Pertukaran gas dalam paru- paru berlaku secara
resapan.
Secara ringkas proses pertukaran gas yang berlaku dalam
sistem respirasi manusia: