Friday, 1 July 2016

Mekanisma Pernafasan

    *  Proses pengambilan oksigen dari atmosfera ke paru-paru
        di panggil  proses tarikan nafas    manakala pembebasan 
        karbon dioksida dari  paru-paru ke atmosfera di panggil
        proses hembusan nafas.

Proses tarikan nafas


1. Udara di sedut masuk ke dalam  peparu.
2. Udara sedutan mengandungi 21% oksigen, 0.03% karbon dioksida ,
    78% nitrogen , wap air serta zarah-zarah debu.
3. Suhu udara sedutan adalah sama dengan suhu persekitaran.
4. Otot interkosta luar mengecut.
5. Sangkar rusuk naik ke atas dan ke hadapan
6. Otot diafragma mengecut dan mendatar.
7. Isipadu rongga toraks bertambah
8. Tekanan udara dalam rongga toraks berkurang
9. Tekanan atmosfera di luar badan yang lebih tinggi daripada tekanan udara
    di dalam rongga toraks.
10.Udara di sedut masuk ke dalam peparu



Proses Hembusan Nafas

1. Udara di keluarkan dari peparu
2. Udara hembusan mengandungi  16% oksigen, 4.0% karrbon dioksida ,
    78% Nitrogen  dan wap air.
3. Suhu udara hembusan sama dengan suhu badan.
4. Otot interkosta luar mengendur.
5. Sangkar rusuk turun ke bawah dan ke dalam.
6. Otot diafragma mengendur dan melengkung ke atas.
7. Isipadu rongga toraks berkurang
8.Tekanan udara dalam rongga toraks bertambah.
9.Tekanan atmosfera di luar badan lebih rendah daripada tekanan udara
   dalam rongga toraks.
10. Udara di paksa keluar daripada peparu.



MODEL SISTEM RESPIRASI MANUSIA









Thursday, 2 June 2016

Struktur  paru-paru


      * Paru- paru  -   bewarna merah dan berspan serta  licin.
                            -   di lindungi oleh struktur bertulang yang di panggil sangkar rusuk.
                            -   manusia mempunyai 12 pasang tulang rusuk.
                            -   paru-paru terletak dalam rongga toraks. Rongga ini di kelilingi oleh
                                tulang rusuk.
                            -   otot-otot interkostal menggerakkan tulang rusuk ke atas dan
                                ke bawah.
                            -   diafragma membentuk dasar rongga toraks dan memisahkan
                                 rongga toraks dengan abdomen.
                            -    diafragma akan bergerak semasa proses pernafasan.


   

Pengaliran udara dari atmosfera ke paru-paru

  * Udara memasuki  hidung melalui nostril (lubang hidung) . Dinding lubang hidung
     di lapisi oleh rerambut untuk memerangkap  debu  (dust particles) dari udara.

 *  Dari lubang hidung , udara akan memasuki nasal kaviti.  Nasal kaviti akan
     merembeskan mukus   yang berfungsi memerangkap bakteria dan zarah-zarah
     lain yang terdapat  dalam udara.

 *  Udara kemudiannya di sedut masuk ke dalam trakea. Trakea di bina daripada
      rawan (cartilage)   yang berbentuk - C dan ini boleh menghalang trakea daripada
      jatuh atau 'collapse '.

*   Trakea bercabang kepada dua di panggil bronkus dan bronkus akan masuk
     ke paru-paru. Bronkus  akan bercabang kepada tiub yang lebih kecil dipanggil
     bronkiol. Di hujung bronkiol terdapat  banyak ruang udara dipanggil alveolus.

*   Pada permukaan alveolus terdapat banyak kapilari darah.  Alveolus mempunyai
     ciri berikut untúk mempercepatkan proses resapan udara.

     1. Mempunyai luas permukaan yang besar berbanding isipadu.
     2. Dinding alveolus sangat nipis hanya setebal satu sel sahaja.
     3. Terdapat banyak kapilari darah.
     4. Sentiasa lembab /'moist'.

*  Pertukaran gas dalam paru- paru berlaku secara resapan.


    Secara ringkas proses pertukaran gas yang berlaku dalam 

    sistem respirasi manusia:                                               


                                                                                                                                              


 
                                                                                                         
                                                       
                                                                                                                                        



Sains  Tingkatan  3


Bab 1 - Respirasi


             Mekanisma pernafasan

             * Manusia mengambil  oksigen dari atmosfera  dan membebaskan
                karbon dioksida
             * Proses ini melibatkan pertukaran gas dan ini dipanggil pernafasan.
             * Manusia bernafas menggunakan peparu.

              Struktur sistem pernafasan manusia
 
             *  Sistem pernafasan manusia terdiri daripada:

                 nasal kaviti                  bronkiol
                 trakea                          diafragma
                 otot interkosta             paru-paru
                 sangkar rusuk              bronkus
                 alveolus